Bilik darjah merupakan medan perjuangan utama seorang guru menjalankan
tugas, peranan dan tanggungjawab. Seseorang guru akan diklasifikasikan
sebagai tidak melaksanakan tugas sekiranya amanah ini diabaikan walaupun
beliau merupakan seorang juara masyarakat yang paling komited di luar
bilik darjah atau di luar sekolah. Seseorang itu tidak akan dikatakan
sebagai pemain jika sekadar duduk di luar padang walaupun mempunyai
kemahiran sebagai juara. Sehubungan dengan itu, bilik darjah perlu
diurus dengan keadaan terbaik dan kondusif agar pengajaran dan
pembelajaran dapat dijalankan dengan efektif serta guru boleh dinobatkan
sebagai pendidik berketerampilan cemerlang.
Pengenalan:
• Pengetahuan tentang pengurusan bilik darjah adalah penting kepada kepada guru-guru.
• Pengurusan bilik darjah komponen penting dalam latihan perguruan kerana murid tidak boleh belajar tanpa ketertiban dalam bilik darjah.
• Pembelajaran
serta potensi pelajardapat ditingkatkan apabila guru-guru memahami
serta mengaplikasikan strategi pengajaran yang berdasarkan kepada teori
perkembangan pelajar serta mengetahui dasar-dasar bagi pembelajaran yang
berkesan.
Definisi:
• Lemlech (1988):
Ø Ibaratkan pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosuder dan sumber pengajaran.
Ø Menekankan
kepentingan penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimakan
keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta tanggungjawab guru
dalam memikirkan terlebih dahulu masalah-masalah yang mungkin timbul.
• Hall (2000):
Ø Pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah satu usaha yang berterusan dan menjadi proses orientasi penyelenggaraan.
Ø Pengurusan
bilik darjah melibatkan aspek memotivasikan pelajar untuk belajar,
menyediakan arahan dan maklumat yang bersesuaian dan menguruskan kerja
murid.
Ø Pengurusan yang efektif dalam bilik darjah haruslah bersifat proaktif, responsif dan menyokong.
· Levin dan Nolan (2004):
Ø Menurut
mereka adalah mudah membezakan antara dimensi arahan dan pengurusan
dalam pengajaran dan memberikan tumpuan kepada pentingnya aspek
keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri