Wednesday, March 20, 2013

Contoh Pelan Bilik Darjah Yang Kondusif





sumber : blog Farah Hawani

Pembentukan Persekitaran Pembelajaran Yang Kondusif



Rajah di bawah menunjukkan contoh susunan bilik darjah yang selesa.


Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif boleh dikekalkan sekiranya tiga perkara ini dipatuhi.

• Strategi Umum
• Prosedur dan peraturan
• Kerjasama murid

1. Strategi umum - Strategi Autoritatif dan Mengurus kumpulan

• Strategi Autoritatif
 - Guru memantau tingkah laku murid-murid di samping menggalakkan mereka untuk berdikari dari segi pemikiran dan perlakuan.

• Mengurus kumpulan
 - Menyedari apa yang berlaku dalam bilik darjah.
 - Mampu menangani situasi dalam bilik darjah yang bertindan tindih.
 - Mengekalkan kesinambungan isi pelajaran yang disampaikan.
 - Libatkan murid-murid dalam aktiviti pembelajaran.

2. Prosedur peraturan

• Rutin pentadbiran
• Pergerakan murid keluar masuk kelas
• Pengurusan bilik darjah
• Rutin pengajaran dan pembelajaran
• Interaksi antara guru dan murid

3. Kerjasama murid

• Membina hubungan positif dengan murid.
• Berkongsi dan memikul tanggungjawab bersama
• Memberi ganjaran bagi tingkahlaku yang susuai. 

Keratan Akhbar





Perancangan Pengurusan Bilik Darjah Yang Berkesan



CORAK PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN
  • Murid-murid mempunyai perbezaan dari segi matlamat, kebolehan dan personaliti. Guru harus mengambil kira faktor-faktor tersebut untuk membentuk satu persekitaran dan pengurusan bilik darjah yang berkesan
  • Susunan kelas perlu diberi perhatian. contoh murid lemah diletakkan bersama murid pandai tetapi jika silap perancangan murid yang pandai akan membuli murid yang lemah
  • Banyak perkara yang berlaku di luar perancangan. contoh LCD rosak, gangguan bising oleh pemotong rumput dan sebagainya.
  • Oleh itu,perancangan guru perlu mantap dengan mengambil kira pelbagai sudut.
  • Persekitaran pembelajaran yang kondusif perlu mengambil kira elemen-elemen seperti fizikal, emosi dan sosial.
  • Memerlukan persefahaman antara kedua-dua belah pihak. kerjasama antara guru dengan murid akan mengeratkan hubungan antara keduanya.
  • Elemen kerjasama boleh diterapkan semasa memilih bahan bantu mengajar, jangkaan prestasi, objektif P&P, membina kontrak tingkah laku dan perjalanan bilik darjah.

Matlamat pengurusan bilik darjah
  • Matlamat utama pengurusan bilik darjah adalah mengekalkan persekitaran bilik darjah yang positif, kondusif dan produktif
  • Tiga elemen yang peru dipertimbangkan:-
    • Pengurusan masa
    • Peluang pembelajaran
    • Pengurusan kendiri

Persekitaran bilik darjah yang positif
  • Persekitaran bilik darjah yang positif tercapai apabila murid dapat melalui proses pembelajaran dengan baik.
  • Murid berasa tenang, seronok dan bermotivasi untuk belajar.
  • Rutin dan peraturan bilik darjah
    • Rutin bilik darjah
    • Peraturan
    • Akibat
  • Perancangan ruang pembelajaran
    • Perancangan pembelajaran ialah perancangan fizikal ke atas ruang yang terdapat di dalam bilik darjah.
    • Ruang pembelajaran termasuk ruang persendirian untuk murid-murid, ruang untuk aktiviti dan ruang untuk bahan-bahan pembelajaran.

Mengekalkan persekitaran berkesan untuk pembelajaran
  • Galakkan penglibatan murid
  • Langkah pencegahan
    • guru sentiasa mengawasi murid dan aktiviti yang berlaku serentak
    • murid perlu sedar guru sentiasa mengawasi mereka
    • guru merancang dan menyelaras aktiviti dengan berkesan
  • Komunikasi berkesan

CIRI-CIRI BILIK DARJAH YANG BERKESAN
  1. Suasana demokratik di dalam bilik darjah
  2. Guru perlu mengambil tanggungjawab sebagai pendidik dan fasilitator
  3. Menimbulkan persekitaran saling mempercayai dan saling menghormati
  4. Guru mesti percaya setiap murid mempunyai kebolehan untuk mencapai kejayaan
  5. Guru patut menunjukkan contoh dan teladan yang baik untuk diikuti
  6. Jadikanlah bilik darjah sebagai tempat yang seronok dan selamat untuk murid-murid
  7. Guru menunjukkan rasa kecintaan dan semangat yang tinggi untuk mengajar dan mendidik murid-murid
  8. Pembelajaran berasaskan individu
  9. Mempunyai semnagat kekitaan
  10. Mengamalkan komunikasi yang berkesan di dalam bilik darjah

LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN PELAN PERANCANGAN PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN
  • Dua perkara utama yang perlu dipertimbangkan oleh guru dalam membuat perancangan ialah persekitaran pembelajaran dan komuniti murid yang diingini
  • Menetapkan persekitaran  pembelajaran ialah membangun dan mengekalkan persekitaran pembelajran dan mengekalkan persekitaran bilik darjah supaya pembelajran yang berkesan berlaku
  • Menetapkan jenis komuniti murid ialah mengasuh dan mendidik muird supaya bertingkah laku untuk menyumbang kepada persekitaran pembelajaran yang kondusif
  • Tiga langkah dalam setiap perancangan
    1. Rancang
    2. Susun
    3. Praktis
Proses membina pelan perancangan pengurusan bilik darjah
  • komponen pengajaran
  • komponen pencegahan
  • komponen pembetulan
  • komponen sokongan
  • komponen persekitaran fizikal


Sumber: Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku oleh Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel)

Thursday, March 14, 2013

Peraturan Bilik Darjah


1. Sentiasa duduk di tempat masing-masing dan bersedia untuk menerima pelajaran dari guru.
2. Membawa buku dan alat-alat yang diperlukan sewaktu sesi pembelajaran.
3. Sentiasa mendengar dan bercakap bila perlu sahaja.
4. Menghantar setiap tugasan yang diberikan pada waktu yang telah ditetapkan.
5. Sentiasa memastikan bilik darjah dalam keadaan yang bersih dan teratur.
6. Elakkan pembaziran.
7. Menjaga hak kerajaan dan persendirian dengan baik.
8. Tidak menipu.
9. Sentiasa berbudi bahasa dan hormat menghormati antara satu sama lain.
10. Sentiasa mematuhi arahan guru. Keep me happy and I'll do a better job for you! 




Maksud Bilik Darjah

Bilik darjah merupakan medan perjuangan utama seorang guru menjalankan tugas, peranan dan tanggungjawab. Seseorang guru akan diklasifikasikan sebagai tidak melaksanakan tugas sekiranya amanah ini diabaikan walaupun beliau merupakan seorang juara masyarakat yang paling komited di luar bilik darjah atau di luar sekolah. Seseorang itu tidak akan dikatakan sebagai pemain jika sekadar duduk di luar padang walaupun mempunyai kemahiran sebagai juara. Sehubungan dengan itu, bilik darjah perlu diurus dengan keadaan terbaik dan kondusif agar pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan efektif serta guru boleh dinobatkan sebagai pendidik berketerampilan cemerlang.


 Pengenalan dan definisi Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkahlaku


Pengenalan:
          Pengetahuan tentang pengurusan bilik darjah adalah penting kepada kepada guru-guru.
          Pengurusan bilik darjah komponen penting dalam  latihan perguruan kerana murid tidak boleh belajar tanpa ketertiban dalam bilik darjah.
          Pembelajaran serta potensi pelajardapat ditingkatkan apabila guru-guru memahami serta mengaplikasikan strategi pengajaran yang berdasarkan kepada teori perkembangan pelajar serta mengetahui dasar-dasar bagi pembelajaran yang berkesan.
Definisi:
          Lemlech (1988): 
Ø  Ibaratkan pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam kehidupan di  bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosuder dan sumber pengajaran.
Ø  Menekankan kepentingan penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimakan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta tanggungjawab guru dalam memikirkan terlebih dahulu masalah-masalah yang mungkin timbul.

          Hall (2000):
Ø  Pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah satu usaha yang berterusan dan menjadi proses orientasi penyelenggaraan.
Ø  Pengurusan bilik darjah melibatkan aspek memotivasikan pelajar untuk belajar, menyediakan arahan dan maklumat yang bersesuaian dan menguruskan kerja murid.
Ø  Pengurusan yang efektif dalam bilik darjah haruslah bersifat proaktif, responsif dan menyokong.

·         Levin dan Nolan (2004):
Ø  Menurut mereka adalah mudah membezakan antara dimensi arahan dan pengurusan dalam pengajaran dan memberikan tumpuan kepada pentingnya aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri