Aktiviti untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang positif dalam bilik darjah.
Aktiviti 1 (Papan Ajaib
dan Balang Beracun)
Objektif :
1 - Menerapkan sifat positif dalam diri setiap pelajar.
2 - Mematuhi undang-undang atau peraturan di dalam kelas.
Kelebihan :
1 - Murid bersemangat melakukan sesuatu kebaikan.
- Murid tidak akan melakukan kejahatan kerana takut kepada
hukuman.
Cara melaksanakan :
·
Papan token
1. Menyediakan papan tanda pada sudut di belakang kelas.
2. Terdapat senarai nama ahli kelas di papan token.
3. Terdapat beberapa bintang yang disediakan sebagai
menunjukkan ganjaran kepada murid. Satu kebaikan akan di beri satu bintang.
4. Pengiraan bintang akan dilakukan pada hujung bulan.
5. Murid yang mengumpul bintang yang paling banyak akan
diberikan hadiah.
·
Balang hukuman
1. Satu balang akan disediakan.
2. Di dalam balang tersebut terdapat hukuman yang ditulis di
atas kertas yang digulung.
3. Sekirannya murid melanggar peraturan maka mereka akan
mencabut satu kertas di dalam balang yang juga merupakan hukuman kepada murid
tersebut.
·
Papan udang-undang
1. Papan ini akan menulis perkara-perkara yang tidak boleh
dilakukan di dalam bilik darjah.
2. Contoh : Murid
tidak dibenarkan membuang sampah merata-rata.
3. Sekiranya murid melanggar undang-undang ini mereka
dikehendaki mencabut hukuman di dalam balang hukuman.
Aktiviti 2 (Buku “Sahabat Penaku”
)
Objektif :
1. Mewujudkan sifat jujur
dan berterus terang dalam kalangan murid.
2. Membolehkan murid-murid
bermuhasabah tentang diri mereka.
Kelebihan :
1. Murid boleh menulis apa
sahaja yang mereka rasakan.
2. Murid boleh meluahkan
rasa seperti sedih, marah, bertengkar dengan rakan karib.
3. Guru boleh melihat
sendiri perilaku murid pada hari tersebut melalui tulisan murid.
4. Guru mengetahui
aktiviti harian murid.
Cara melaksanakan :
1 - Guru menyediakan satu buku bernama “Sahabat Penaku” bagi
setiap murid.
2 - Guru menerangkan kepada murid bahawa orang lain tidak
akan dibenarkan membaca buku itu.
3 - Guru yang bertanggungjawab menyimpankan buku tersebut.
4 - Setiap hari murid akan menulis di dalam buku tersebut
tentang masalah, kegembiraan, suka dan duka mereka.
5 - Guru menilai sendiri masalah yang terdapat di dalam diri
murid.
Aktiviti 3 ( Sharing is
Caring)
Objektif :
1 1. Sifat sayang-menyayangi antara rakan sekelas.
2 2. Memahami antara satu sama yang lain.
Kelebihan :
1 - Murid dapat mengenali rakan dengan lebih rapat.
2 - Murid dapat melihat pelbagai jenis ragam manusia.
3 - Murid dapat dilatih supaya bersabar ketika berhadapan
dengan rakan yang perangainya tidak dapat ditafsir.
4 - Melatih murid bersifat bertanggungjawab dengan tugas yang
diberikan guru.
Cara melaksanakan :
1 - Murid dibahagikan kepada kumpulan berpasangan
2 - Setiap murid mesti mengenali pasangannya dengan lebih
rapat.
3 - Pasangan ini akan bertukar setiap bulan.
4 - Pada akhir setiap bulan, guru akan melihat prestasi
setiap murid sama ada mengenali pasangannya atau tidak.
5 - Murid yang berjaya mengenali pasangannya dengan baik akan
diberi anugerah Ratu atau Raja Penyayang.
4 comments:
wahh.. aktiviti yg sangat menarik. pelajar pasti akan suka. lagipun, aktiviti sebegini dpt meningkatkan lagi thinking skills mereka. :)
untuk aktiviti 1, menarik dan mungkin murid2 akan berlumba2 untuk mendapat token yang paling banyak.
aktiviti 2, tidak semua murid berani mengaku untuk meluahkan perasaan. tapi sebagai cdgn, boleh la dilaksanakan untuk melihat respon.
aktiviti 3, in syaa Allah dapat mewujudkan suasana harmonis dalam bilik darjah..
btw, nice blog :)
Salam..
Secara keseluruhan, semua aktiviti nie bagus sgt2.. boleh mewujudkan budaya penyayang dalam kalangan ahli kelas.
Aktiviti 1 : Murid2 akan berusaha bersungguh utk mengelakkkan diri mereka drpd didenda..
Aktiviti 2 : bestnyer dapat meluahkan perasaan dlm buku.. murud2 akan berkemahiran dalam meluahkan emosi, mereka tidak akan menyimpan perasaan mereka. aktiviti ini akan melahirkan murid yang pandai mengawal emosi. saya suka. hehehe
Aktiviti 3 : yea.. nie lagi saya suka.. sharing is caring. semoga pelajar akan dididik dengan perasaan kasih sayang.
alhamdulillah. syukran di atas komen yg sgt membina drpd rakan2 sekalian :)
in shaa Allah, kami akan memperbaiki lg jika ada kelemahan.
Post a Comment